Sunday, September 11, 2022

PENULISAN BERKAITAN ILMIAH KEPENTINGAN KEMAHIRAN SOFT SKILLS UNTUK SETIAUSAHA ALAF 21.

 




Pengenalan :

Kemahiran Insaniah adalah penting dalam hampir setiap bidang pekerjaan. Oleh itu, calon pekerja yang dicari oleh organisasi adalah graduan yang mempunyai kemahiran insaniah di samping kemahiran teknikal. Kemahiran Insaniah (soft skills) adalah merujuk kepada ciri-ciri keperibadian, daya tarik sosial, kemampuan berbahasa, norma peribadi, sikap kepekaan atau kepedulian serta sikap optimis seseorang. kemahiran insaniah adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang untuk berfungsi dengan berkesan sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki. Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai posifif, kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Kemahiran insaniah adalah antara elemen yang dikenalpasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global serta pesat dengan perubahan teknologi. Di universiti, kemahiran insaniah tidak diajar secara langsung kepada pelajar tetapi diterapkan secara tidak langsung dalam kursus-kursus sama ada teras atau elektif. Dasar mengenai kemahiran insaniah di universiti asyik bertukar-tukar. Pada satu masa, kemahiran insaniah perlu dinilai secara terperinci bagi setiap subjek dan pada masa lain, ia hanya dinilai sebagai tercapai atau tidak sahaja.

 Malah, ramai remaja tidak pernah terdedah kepada kehidupan sebenar bekerja sebagai orang dewasa. Beberapa perkara remeh seperti masuk kerja tepat pada waktunya, menyiapkan tugas mengikut waktu yang ditetapkan, memaklumkan pihak atasan sekiranya tidak dapat hadir ke kerja, dan bekerjasama dengan rakan kerja lain, semuanya perlu mereka pelajari. Kemahiran insaniah umumnya ditafsirkan sebagai kemahiran seseorang dalam membina perhubungan baik dengan diri sendiri dan orang lain, iaitu apa yang dikatakan sebagai kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal. Kemahiran insaniah pada pandangan beberapa sarjana juga disebut sebagai people skills, soft skills dan emotional intelligence. Kesemuanya membawa maksud yang serupa, iaitu kebolehan seseorang menguasai kemahiran dalam membina hubungan dengan diri sendiri dan membina hubungan dengan persekitaran, khususnya melalui aktiviti komunikasi. Dengan membekalkan remaja dengan kemahiran insaniah yang diperlukan, dia dapat hidup dengan menyesuaikan diri kepada perubahan suasana. Selain itu, dia juga lebih bersedia untuk belajar daripada pengalamannya. Pengetahuan ini akan banyak membantu anak atau remaja semasa dia di kolej dan kemudiannya, apabila dia menjadi orang dewasa yang bekerja. Mempunyai kemahiran insaniah yang diperlukan akan memudahkan dia berintegrasi bukan sahaja dengan rakan sebaya, tetapi juga dengan kumpulan umur dan personaliti lain yang mereka temui.

Elemen-elemen Kemahiran Insaniah:

Kemahiran insaniah  juga merupakan kemahiran yang wajib dimiliki oleh setiap remaja. Antara elemen kemahiran insaniah ialah kemahiran komunikasi terutamanya Bahasa Inggeris dan kemahiran perorangan serta sikap seringkali disebut sebagai sebab mengapa para graduan tidak diambil bekerja. Kemahiran ini adalah kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis. Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberikan maklum balas. Kebolehan untuk membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar. Selain itu, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah juga perlu direpkan di dalam diri. Kemahiran ini adalah kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi. Kebolehan ini adalah untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan serta untuk mengembangkan dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan.

  Seterusnya, kemahiran kerja berpasukan. Kemahiran ini adalah kebolehan untuk membina hubungan yang baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama. Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan. Kebolehan untuk mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain. Disamping itu, kemahiran kepimpinan adalah kemahiran  membolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan. Kemahiran ini kebolehan untuk memimpin projek. Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan. Penyelesaian masalah merujuk kepada keupayaan untuk menggunakan pengetahuan, fakta, dan data untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan. Kemahiran menyelesaikan masalah termasuk keupayaan untuk mengenal pasti, mencari sumber dan menjana penyelesaian bagi situasi sukar.

 Selain itu,  kemahiran kebolehpasaran seperti pengurusan masa, kerja pasukan, komunikasi, penyelesaian masalah, pembuatan keputusan dan kemahiran organisasi. Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar serta menggunakan kemahiran bahasa ketiga dalam komunikasi seharian. Namun begitu, terdapat perbezaan antara tanggapan mahasiswa dengan graduan. Pendek kata, pelajar dan graduan mempunyai persepsi yang berbeza tentang sikap, personaliti dan kemahiran kebolehpasaran yang dikehendaki oleh majikan. Begitu juga dengan industri atau sektor majikan yang berbeza memerlukan pengetahuan dan kemahiran kebolehpasaran yang berbeza bagi memastikan graduan mampu dan berjaya untuk melaksanakan tugasan dalam pekerjaan mereka dengan baik.

 Disamping itu, kemahiran berfikir secara analitikal dan kritikal, kemampuan menyelesaikan masalah kompleks, kreativiti dan kemahiran kepemimpinan. Kemahiran berfikir secara kritis dan merungkaikan permasalahan kompleks antara signifikan untuk dibangunkan dalam diri mahasiswa dan graduan, bahkan dalam kalangan masyarakat secara umumnya. Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi. Baru-baru ini, World Economic Forum juga menyatakan kemahiran berfikir secara kritikal antara kemahiran yang perlu dipelajari dan diasah bagi membolehkan masyarakat menjadi kompeten menjelang 2025. Ada pun kemahiran berfikir secara kritis bagi menyelesaikan konflik dalam sesebuah syarikat hanyalah salah satu skop dalam pengimplementasian dan ia satu nilai tambah yang sangat bermanfaat buat graduan. Namun, perlu diingatkan berfikir secara kritikal sepatutnya tidak bersifat sempit dengan hanya memenuhi kehendak industri semata-mata. Ia perlu sentiasa dibangunkan dalam masyarakat bagi membina sebuah ekosistem komuniti berdaya saing dan proaktif dalam menawarkan solusi yang efektif membangunkan negara.

Cadangan:

Pihak institusi, terutamanya tenaga pengajar perlu memahami dan menerapkan kemahiran insaniah yang sangat dipentingkan oleh industri kini. Berdasarkan dapatan kajian, adalah digalakkan agar kemahiran menyelesaikan masalah dan komunikasi  dapat diberi penekanan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas atau bilik kuliah melalui pelbagai latihan dan aktiviti sejak mula pelajar menjejakkan kaki ke universiti. Walaupun kini ia telah dijadikan kemahiran insaniah yang perlu diterap dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun perlaksanaan dan keberkesanannya hendaklah dipantau dan diberi perhatian sewajarnya. Graduan pula seharusnya mempunyai sikap yang positif terhadap kerja dan persekitaran, inovatif dan kreatif. Keupayaan untuk mengharungi cabaran dan mengambil risiko bagi menyahut cabaran juga patut diterapkan kepada pelajar. Bekerjasama antara rakan sekerja dan faham matlamat dan permintaan majikan serta mampu bekerja bersendirian dan menghasilkan kerja yang berkualiti juga merupakan satu keperluan industri.

Seorang setiausaha perlulah meneterapkan kemahiran insaniah. Antaranya adalah kemahiran komunikasi. Tanpa komunikasi yang baik antara setiap ahli kumpulan boleh mencetuskan perbalahan dan ketidaksefahaman sesama ahli kumpulan. Ini boleh terjadi bukan sahaja ketika bergelar pelajar malahan ketika berada dalam alam pekerjaan.  Salah satu kelebihan pembelajaran berasaskan projek adalah projek yang dilaksanakan dapat memupuk semangat kerja berpasukan. Ini adalah antara kelebihan yang terdapat dalam pembelajaran berasaskan projek berbanding kaedah pembelajaran berpusatkan guru. Kepimpinan pelajar dapat dipupuk melalui projek berasasakan kumpulan. Ini termasuk juga semangat kerja berpasukan dan komunikasi yang berkesan dalam melancarkan urusan projek. Pelajar di institusi pengajian tinggi perlu dilengkapi dengan kemahiran yang boleh membantu mereka untuk menghadapi cabaran di alam pekerjaan selepas menamamatkan pengajian. Kemahiran ini boleh diajar sebagai satu kursus atau dimasukkan dalam elemen kursus-kursus sedia ada. Pembelajaran berasaskan projek merupakan salah satu kaedah untuk melatih pelajar menyelesaikan masalah dunia sebenar.

Rujukan:

Azman (2020). Kemahiran Insaniah (soft skills) yang perlu dikuasai. Diperolehi daripada  http://azman2020.blogspot.com/2011/04/kemahiran-insaniah-soft-skills-yang.html

Dr Rajini Sarvananthan (2017).  Memupuk Kemahiran Insaniah dalam kalangan Remaja Semuanya Bermula di Rumah. Diperolehi daripada https://mypositiveparenting.org/ms/2017/04/13/memupuk-kemahiran-insaniah-dalam-kalangan-remaja-semuanya-bermula-di-rumah/

Faizullah Mohamed (2014).  Penerapan kemahiran insaniah dalam konteks membina insan berkepimpinan di kalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum di universiti. Diperolehi daripada https://www.researchgate.net/publication/269405582_PENERAPAN_KEMAHIRAN_INSANIAH_DALAM_KONTEKS_MEMBINA_INSAN_BERKEPIMPINAN_DI_KALANGAN_PELAJAR_MELALUI_AKTIVITI_KOKURIKULUM_DI_UNIVERSITI

Ilhaamie Abdul Gani (2020) . Memperkasa kemahiran insaniah Universiti Awam. Diperoleh daripada https://www.malaysiakini.com/my/author/Ilhaamie%20Abdul%20Ghani%20Azmi

Nur Irdina Hakimah Nor Azali (2020). Graduan perlu berfikiran kritis seiring tuntutan semasa. Diperolehi daripada https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2020/10/746606/graduan-perlu-berfikiran-kritis-seiring-tuntutan-semasa

 

 

 

 

 


PENULISAN BERKAITAN ILMIAH KEPENTINGAN KEMAHIRAN SOFT SKILLS UNTUK SETIAUSAHA ALAF 21.

  Pengenalan : Kemahiran Insaniah adalah penting dalam hampir setiap bidang pekerjaan. Oleh itu, calon pekerja yang dicari oleh organisasi a...